top of page

KESALAHAN DALAM BACAAN AL-QURAN

Terdapat dua jenis kesalah kesalahan dalam bacaan al Quran :-


1) Kesalahan yang nyata (اللَّحْنُ الْجَلِيّ)


Kesalahan yang nyata ialah kesalahan yang berlaku pada sebutan huruf dan baris, tidak kira sama ada berubah makna ataupun tidak. Contoh :-


  • Menukarkan bacaan huruf ( ط ) kepada huruf ( د ) atau ( ت ).

  • Menukarkan baris atas kepada baris bawah :

ree

Kesalahan yang nyata ini dihukumkan Haram dan berdosa.


2) Kesalahan tersembunyi (اللَّحْنُ الْخَفِي)


Kesalahan yang tersembunyi ialah kesalahan yang berlaku pada tidak sempurnanya sifat huruf, dengung dan kadar harakat. Contoh :-


  • Huruf ( ط ) yang tidak sempurna sifatnya iaitu isti'la.

  • Tidak dengung pada bacaan ( عِندَ ) iaitu tidak menyatakan Ikhfa' pada huruf ( ن ).

  • Tidak cukup kadar harakat pada bacaan ( الضَّآلِّين ) iaitu tidak memanjangkan bacaan dengan kadar enam harakat pada huruf (ض).

Kesalahan yang tersembunyi ini dihukumkan dengan Makruh dan aib disisi ahli pembaca al Quran.

Recent Posts

See All

1 Comment


ihsan alamin
ihsan alamin
Feb 24, 2021

terbaikk pengisiannya

Like
logo sinar cahaya islam.png

إشعاع نور العلم الإسلامي

Sinaran Cahaya Ilmu Islam

  • Facebook
  • YouTube
bottom of page