4 JENIS AIR - FEQAH
- syafiq arshad
- Feb 20, 2021
- 1 min read
Ketahui bahawa air terbahagi kepada empat bahagian :-

1) Air Mutlak
Iaitu air yang suci lagi menyucikan dan tidak Makruh hukumnya. Yakni air yang boleh digunakan seperti untuk berwudhu' dan tidak Makruh hukum penggunaanya.

2) Air Musyammas
Iaitu air yang suci lagi menyucikan dan Makruh hukumnya. Yakni air yang berada dalam bekas besi berkarat yang terjemur bawah panas terik matahari.Boleh digunakan seperti untuk mandi junub tetapi tidak digalakkan kerana tidak baik dan Makruh hukum penggunaanya. Adapun air yang panas dan air yang sejuk juga Makruh penggunaanya.

3) Air Musta'mal
Iaitu air yang suci tetapi tidak menyucikan. Yakni air yang bersih tetapi tidak boleh digunakan untuk berwudhu' dan sebagainya, kerana air tersebut sudah diguna pakai atau air tersebut telah tercampur dengan sesuatu yang suci, sehingga merubah salah satu dari tiga sifat. Iaitu rasa, bau dan warna. Sebagai contoh :
Air basuhan tangan ialah air Musta'mal kerana sudah diguna pakai.
Air mandian bunga ialah air Musta'mal kerana telah bercampur dengan benda suci (bunga) dan telah merubah dua dari tiga sifat iaitu rasa dan bau.

4) Air Najis
Iaitu air yang bercampur dengan najis dan kedaannya kurang dari dua kolah (270 atau 216 liter) atau keadaannya lebih dari dua kolah tetapi telah merubah salah satu dari tiga sifat disebabkan najis tersebut. Sekiranya keadaan air itu lebih dari dua kolah dan termasuk najis kedalamnya serta tidak merubah tiga sifat maka ianya masih boleh digunakan untuk berwudhu' dan sebagainya.
Comments