top of page

3 SIFAT ALLAH YANG WAJIB DIKETAHUI

3 Sifat Allah yang wajib diketahui bagi setiap umat islam :-


1) Wajib :-

  1. Ialah suatu sifat yang wajib ada bagi Allah, jikalau tiada sifat itu bagi Allah maka perkara tersebut tidak dapat diterima akal.

  2. Contoh seperti sifat wujud. Sekiranya Allah tidak wujud bagaimana alam ini boleh wujud, kerana kita percaya setiap sesuatu yang wujud pasti ada pencipta.


2) Mustahil :-

  1. Ialah suatu sifat yang mustahil ada bagi Allah, jikalau ada sifat itu bagi Allah maka perkara tersebut tidak dapat diterima akal.

  2. Contoh seperti sifat binasa. Sekiranya Allah itu binasa bagaimana alam ini boleh wujud dan masih dalam keadaan teratur.


3) Harus :-

  1. Ialah satu sifat yang tidak wajib dan mustahil ada bagi Allah, jikalau ada atau tiada sifat itu bagi Allah maka perkara tersebut boleh diterima akal.

  2. Contoh seperti sifat berkehendak. Sekiranya Allah tidak berkehendak untuk menciptakan manusia maka ianya tidak mustahil, tetapi Allah telah pun menciptakan manusia, itu menujukkan bukti Allah itu berkehendak menciptakan manusia.



Rujukan - Kitab Risalah al Bajuri


Comments


logo sinar cahaya islam.png

إشعاع نور العلم الإسلامي

Sinaran Cahaya Ilmu Islam

  • Facebook
  • YouTube
bottom of page